Glamiss

Kunjungan Kehormat KWIM Johor Bersama Pengarah JPW Johor

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor, Puan Enny Suhailis kerana sudi menerima kunjungan kami.

Pelbagai perancangan aktiviti untuk pembangunan wanita Johor telah di bentangkan.

Alhamdulillah, salah satunya ialah Program #kwimdidik Anjuran bersama KWIM x PRITEC x JPW JOHOR telah mendapat sambutan luar biasa.

Seramai 15 orang (Batch 1) wanita telah layak mendapat geran 100% yuran pengajian percuma bernilai RM1500 untuk melanjutkan pelajaran Sijil SKM TAHAP 3 : OPERASI PEMASARAN DAN JUALAN.

Seisi Pembelajaran diadakan secara online dan kelas secara bersemuka pula akan diadakan di Meeting Room JPW JOHOR, Menara Ansar.

Pelbagai lagi aktiviti seperti Carbootnita, Anugerah Wanita Ikon Malaysia peringkat negeri Johor, Geran Bisnes Stall Burgernita, Program Pendidikan Women Digital Entrepreneurs dan banyak lagi telah di bincangkan bersama.

InsyaaAllah, moga usaha murni Kelab Wanita Ikon Malaysia – KWIM dapat membahagiakan dan menyuntik semangat wanita Malaysia khususnya di Johor.

#kwim#kwimpeduli#kwimdidik#kwimbiz#KPWKMPrihatin#JPW#jpwjohor#kwimjohor#womenempowerment#squadwaja#WanitaBangkitBerjaya#WanitaBangkitBerniaga

ms_MYMalay